Monday, March 1, 2010

Kapten Y.M (E-learning STP)

SHAHIRAH SAMSUDIN (S0900017G)
CERPEN KAPTEN Y.M (UNTUK E-LEARNING STP)



Kapten Y.M

Saya telah menyunting sebuah video untuk menemani cerpen ini. Namun demikian ,
terdapat beberapa masalah teknikal. Sementara saya memperbaikinya, harap anda
boleh menonton video asalnya terlebih dahulu. (video ini terdapat di youtube - bukan milik saya.) Terima kasih.





“Anda dihendaki memasang tali pinggang kerusi anda. Pastikan anda berasa selesa kerana perlajanan akan memakan lebih dari 12 jam. Pesawat akan mula bergerak dalam beberapa saat lagi. “ Suara pramugari jelas kedengaran mengaum menerusi alat pembesar suara. Suara lunak tapi tegas itu mengarahkan para penumpang supaya mengutamakan keselamatan terlebih dahulu.

Kapten Y.M – juruterbang bertugas pada hari tersebut, mengenakan sepasang kaca mata hitam. Beliau sudah bersiap sedia untuk menjalankan tugasnya. Kapten Y.M merupakan seorang yang amat pendiam. Tinggi dan segak orangnya. Berpendidikan tinggi pula. Kapten Y.M tidak pernah mengisahkan tentang sejarah hidupnya mahupun erti namanya. Seringkali kapten-kapten seperjuangannya menanyakan soal ini kepadanya.


“Entahlah. Aku pun tidak pasti. Kad pengenalan aku juga hanya tulis, Y.M. Tidak lebih, tidak kurang. Ibu dan ayah aku pula sudah meninggal. So, I'm absolutely clueless. Kalau susah sangat, just call me Yem. Okey ?” Dia tersenyum sambil menunjukkan lesung pipitnya. Ramai pramugari-pramugari, baik yang tua ataupun muda, yang tergila-gilakan Kapten Y.M. Kulitnya gelap. Namun, hidungnya mancung. Matanya bulat. Senyuman manis amat. Dialah yang sering mendapat perhatian semua orang terutama sekali penumpang-penumpang.




Walaupun Kapten Y.M mempunyai ramai penggemar, ada juga orang yang tidak suka dan iri hati padanya.

“Mana taknya aku benci dengan si Yem tu! Apa-apa benda semua dia dapat. Penerbangan exclusive dan pesawat-pesawat baru, semuanya dia dapat try dulu. Mana aci gini ?” kata Faizal, salah seorang kapten yang telah bertugas lebih lama dari Kapten Y.M. Malangnya, sepanjang perjalanan kerjaya Faizal sebagai seorang juruterbang, dia hanya mendapat peluang-peluang yang kecil-kecil sahaja. Tidak ada promosi. Tidak ada apa-apa yang ekstra. Namun, Kapten Y.M pula mendapatkan segala yang istimewa sedangkan dia baru sahaja bertapak dalam bidang ini dan telah menunjukka prestasi yang biasa-biasa sahaja. Faizal mengetap bibirnya dengan geram.

“Alah! Tak baik lah kau ni! Kita ni mesti ikhlas terhadap orang kita sendiri. Kalau tak macam mana nak maju kan ?” pintas Cik Jummat, juruterbang senior yang kini hanya mengambil tugas yang ringan-ringan sahaja.

“Orang kita sendiri ? Ehh, Cik Jumaat, jangan sekali kali anggap si Yem tu sebagai orang 'kita sendiri'. Faizal menjawab dengan pantas. Dia memerlahankan suaranya. Separuh berbisik. “Dia tu bukan Islam.... saya dengar-dengar...dia tu golongan Nasrani Cik Jumaat!”

“Hish! Kau ni! Merepek sajalah.” Cik Jumaat hampir tersembuh air kopinya. “Tak baik kau tuduh orang sembarangan tau Zal! Berat dosanya. Kau ni cakap-cakap pasal orang, kau dah solah zhuhur ?”

“Hehehe...belum lagi Cik Jumaat.” Faizal tersipu-sipu. “Nak pergi la ni...”

Cik Jumaat menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah anak muda itu sambil menghabiskan makan tengaharinya. Dia harus pulang ke konti secepat mungkin. Tugasnya hari ini ialah bergilir-gilir dengan Michael, teman sekerjanya, mengawasi pesawat yang dikendalikan Kapten Y.M melalui gambaran radar. Sudah menjadi satu rutin yang darma bagi mana-mana syarikat penerbangan untuk mengawasi setiap kapal terbang milik mereka melalui gambaran radar satelit. Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Apa-apa sahaja boleh terjadi di tengah gempulan-gempulan awan di atas sana. Melalui gambaran radar inilah, para pegawai keselamatan yang bertugas dapat mengesan sebarang masalah atau gangguan teknikal pada mana-mana pesawat. Memang tidak dinafikan, orang yang bertugas untuk mengawasi gamabran radar ini turut memainkan peranan yang penting bagi keselamatan dan kelancaran perjalanan sesebuah pesawat.

“Kalau dah penat sangat, tidurlah sekejap. Nanti kalau ada apa-apa, aku kejutkan kau,” Kapten Y.M menasihati temannya Eric yang dari tadi kelihatan lesu dan asyik menguap-nguap.

“Kalau boleh, aku memang nak tidur sekejap. Cuma, aku kesiankan kau. Mana aci kalau kau kena stay alert sedangkan aku sedap-sedap tidur ?” Eric menjawab dengan teloh orang Melayu. Eric juga seorang pemuda tampan dan berpendidikan tinggi. Tahun lepas, dia telah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita Melayu Islam, Siti Rohayu Mahmud. Siti baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata mereka yang pertama. Barangkali, itulah yang menyebabkan Eric begitu penat sangat sejak kebelakangan ini. Pertama kali menjadi ayahlah katakan.

“Its okay luh. Macam tak biasa pulak ? Kalau Head masuk, aku kejutkan kau kay. Kalau dia nampak kau kau tidur, itu barulah mampus jawabnyer!” Kasihan benar Kapten Y.M melihat teman baiknya itu. Alangkah indahnya kalau dia juga boleh berrumahtangga, punya anak dan keluarga. Hishhh! Tapi itu semua harus ditolak ke tepi, dia mempunyai misi yang lebih penting. Misi yang hanya boleh dilaksanakan oleh dia seorang, Kapten Y.M.

Kapten Y.M tersenyum sendirian melayankan fikirannya yang melayang sebentar. Tiba-tiba, pesawatnya bergerak-gerak. Kapten Y.M mula panik. Dia cuba menekan butang-butang yang ada di hadapannya.

Rasa mahu saja dikejutkan Eric. Namun, Eric kelihatan begitu nyenyak sekali. Tidak sampai hati Kapten Y.M mengganggu tidurnya. “I can do this!” bisik hati kecil Kapten Y.M.

Alat pembesar suara tiba-tiba berbunyi. Suara Cik Jumaat, samar-samar kedengaran. “Kapten Y.M....is everything okay ?” Suaranya terhenti seketika. “Kapten Y.M are you there ?”

Kapten Y.M semakin panik. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukan. Kedengaran suara pramugari menyuruh para penumpang bertenang. Para penumpang sudah mula bersorak-sorak. Ada yang sudah mula melaungkan doa supaya mereka diselamatkan. Anak-anak kecil mengangis. Ada yang sedang bergaduh sesama sendiri. Pesawat menjadi gelap tiba-tiba. Gegaran semakin kencang.



“What is going on here ?” Michael bertanya kepada Cik Jumaat.
“Tidakkkk.... tidakkk!” Itu sahaja yang dapat diucapkan oleh Cik Jumaat.

Michael memerhatikan gambaran radar pada skrin di hadapannya. “No way!” Pesawat tadi sudah tidak dapat dijejak lagi. Lesap! Begitu sahaja! Michael menumbuk-numbuk mejanya.

“Di manakah lokasi terakhir mereka ?” Michael bertanya dalam bahasa Inggeris.
“Sebentar saya periksa....” Cik Jumaat membaca lokasinya dengan tekun. “Erm...nampaknya lokasi terakhir mereka... di pertengahan lautan Atlantik, mereka sudahpun melepasi kota Miami dan....”
Cik Jumaat terhenti di situ. Dia teringatkan kata-katanya sendiri. “di pertengahan lautan Atlantik, mereka sudahpun melepasi kota Miami...”. “Astaraghfirullahalazim!” ucap Cik Jumaat berulang-ulang kali.

“I knew this would happen! Its the devil in the Bermuda Triangle!” Mata Michael kemerah-merahan.





Pesawat terhempas dengan kuatnya. Hancur lebur segala-galanya. Semuanya musnah. Semuanya mati. Kanak-kanak kecil. Ibu-ibu mengandung. Orang-orang tua. Pramugari-pramugari menawan. Eric juga mati. Dia pasti bakal dirindui anak dan isterinya.

Pesawat terapung-apung atas lautan yang tenang. Semuanya senyap. Semuanya sepi. Semuanya sudah mati. Kecuali....

“Ini baru permulaan wahai umat Manusia! Inilah permulaan bagi misi terbesar yang diberikan kepadaku. Dan aku bakal menghancurkan semua kaummu. Aku bakal membunuh kesemuanya. Dan Aku, Kapten Y.M tidak akan gagal dalam misi ini. Aku akan menutupi bumi dengan kaum sejenis aku.” Kapten Y.M mnunjukkan tubuhnya yang besar. Matanya hanya satu. Wajahnya tidak setampan dulu. Wajahnya menjijikkan.

“Engkau akan musnah wahai manusia!” Kapten Y.M duduk di atas serpihan pesawat yang masih terapung-apung. Dia menulis sesuatu pada permukaan kapal yang terhempas itu.

Sambil menulis, dia tertawa mengilai-ngilai. Dalam warna merah seperti darah, terpancar di situ, nama sebenar Kapten Y.M. “Kapten Ya'Juj Ma'Juj!”

1 comment: